Monday, October 8, 2012

tambah lagi satu

bukan apa pun yang bertambah. cuma aku baru tahu aku diWAJIBkan pergi pulau langkawi. bukan aku tak suka. cuma aku dapat tahu pun last minit. bayangkan mana nak cari orang yang boleh bagi fund untuk aku pergi sana? nak berangan dulu nak bawak apa? haha. nasib baik dia buat masa cuti jadik aku tak ada alasan nak menolak. (bukan boleh tolak pun, lecturer suruh pergi jugak)

minggu sebelum cuti bermula aku kena bayar yuran. bukan mahal pun pada aku. rm180 bagi aku oke sebab pergi 2malam. dapat harga tuh mungkin jugak sebab 2kelas kalau tak salah aku yang pergi. tinggal bawak wet shopping je (lemak la kau kalau yang tuh pun dia nak bagi) nak beli coklat banyakbanyak. cakap langkawi je mesti pasal coklat. cakap coklat je mesti pasal langkawi. haha.

yang berat nya. akhir semester sebelum final aku ada trip Sabah yang taktahu lagi kena bayar berapa. kawan aku budget seribu untuk cover semua kos. harap masa nak pergi nanti kewangan akan stabil. sebab bukan senang nak dapat hargaharga macam ni lepas habis belajar. mungkin tak ada sampai melawat ke luar negara macam adik aku yang kat UTM tapi aku dapat berjalan jugak.


p/s: aku nak pusing satu Malaysia dulu baru boleh berangan nak ke luar Malaysia. anganangan.

Sunday, September 30, 2012

rutin yang perlu disusun

aku ada appointment setiap hari isnin, rabu dan jumaat. dengan dia tapi bukan memadu asmara. aku support idea dia untuk jadi lebih sihat. bukan sebab orang mengata dia gemuk. atau aku sendiri memang panggil dia buncit. tapi atas kesedaran yang dia tak selesa dengan diri dia sekarang. kata nya: nak main bola dah tak fit, nak pakai jersi bola original bought from Poland pun tak muat. he just need to do something about it.

aku dan dia berlumbalumba siapa berpeluh lebih banyak. dan of course, bau pun. sendiri mau ingat. tapi kami selesa. tak ada nak segan ke apa. im just proud with him for losing 2kg. he must keep the routine. dia ada cakap bila aku tak ada nanti kat sini mungkin dia pun tak pergi. aku tak tahu nak cakap apa. lagipun majoriti memang lelaki. patut nya bila aku tak ada senang la dia nak bergaul dengan groupgroup kat sana.

aku selesa dengan diri aku. biar orang cakap aku apa pun. mungkin mulamula terasa tapi aku buat tak endah. because i know, one fine day would come, where they would experience the same thing. tak ada orang yang perfect pon. sebab tuh kita pakai pencuci muka, toner, bedak, losyen, minum air kurus ni, makan pil gemuk tuh, botox la. humans are never satisfy with what they have in hands and what they sees. wee~

cuma aku da lama tak keluar peluh. and that feeling is the best thing you should experience. badan pun rasa sedap, ringan, tak ada lenguhlenguh. tidur kat sini memang lena sebab hidup aku penuh dengan aktiviti. tugasan yang sentiasa ada. siap yang ini kena buat yang itu. tapi aku suka sebab dari hidup tak buat apaapa. aku rasa diri macam tak berguna pun ada. haha. tapi naik tangga sampai tingkat6 masih mengah. sekian.


p/s: aku suka cakap apa aku fikir saat itu. cuma kadangkadang orang salah faham anggap aku mulut lepas

Friday, September 21, 2012

bila wayar otak tak mampu berfungsi

aku ada setahun lagi sebelum habis belajar. tak termasuk sem ni. memang aku rasa tak sabar sangat nak habis belajar. sebab aku nak kerja. duduk rumah sendiri. cuba masakan baru. shopping guna duit sendiri. yang aku pasti akan lain rasanya. ya. aku selalu berangan macam tuh. sebab tanpa anganangan kita tak pasti apa masa depan kita akan berlaku. tapi hanya berangan tanpa disokong dengan usaha. baik tak payah.

aku nak cerita sem ni sangat mencabar. dengan status aku yang tak tentu bila nak amek subjek. aku terpaksa memperjudikan nasib apa yang sesuai. (amboi ayat) sampai sekarang bila masa da hampir tutup untuk proses mendaftar. aku masih tak pasti apa keputusan aku betul. dia pun tegur kenapa aku macam berfikir sesuatu apabila keluar bersama. aku sedar diri aku sungguh telus hingga dia mudah mengagak. is that a good thing ??

serabut bila apa yang dirancang tidak berjalan lancar. aku kena ambil semua subjek yang didaftar. aku cuma mampu mengharap agar situasi ni bisa diselesaikan dengan cara terbaik. walau kadangkadang aku rasa terpinggir bila masuk kelas orang. yela dorang da kenal satu kelas. sekali masuk aku nak blend in macam susah. aku pulak jenis berat mulut. aku pun tak tahu kenapa. macam segan sangat nak tegur orang. adoiyai

penatnya bila ada masalah tak selesai lagi. adoy. tapi aku seronok sebab dapat habiskan jualan. agaknya ramai orang suka nasi ayam. tapi memang nasi ayam pakcik tuh sedap pon. lagilagi sambal dia. berhantu. manamana yang nak makan nasi ayam cuba pergi dekat area seksyen7, pusat komersil. memang kedai dia sorang je jual nasi ayam. haha. aku da macam promote dia pon ada. tapi takpe rezeki masingmasing kan.


p/s: bila banyak sangat benda nak pikir. otak pun boleh overload. lepas tuh blank.