aku abeskan tingkatan 4 dan 5 aku kat sekolah teknik. sekarang sekolah aku tuh pon da lain. tapi sempatla merasa beberapa batch sebelum jadi sekolah vokasional. kalau tak silap aku la. aku lupa. tapi aku bukan nak cerita pasal sekolah. mungkin entri lain. bila aku rindu zaman sekolah aku nanti. em. apapon. semalam aku jumpa beberapa lagi kawan aku yang aku da lama tak jumpa. tapi kawan aku yang rancang benda ne tak dapat datang sebab dia ada hal kat tengahtengah jalan. tak apa. kami paham.
sejak aku pindah aku da jarang nak turun JB. jadi bila dorang ajak iftar kat JB aku rasa nak pergi sebab aku da lama tak tengok perkembangan JB sekarang (ceh ayat aku). aku sampai pagi tu aku tengok jalan da banyak lain. yang dulu tak siap da siap. bagusla tak ada yang terbengkalai. sampai kat meeting point rupanya aku sampai dulu. aku tak kesah bole jugak aku siap apa yang patut. aku naik kereta kawan aku sebab aku da lupa jalan kat JB. jimat jugak gerak satu kereta kan.
bila dia tanya nak gi mana. nak je aku jawab g cs. tapi aku tahu mesti sesak kat bandar. aku cuma nak tengok apa ada kat JB sekarang. pusingpusing je pon aku ok. lastlast decide. kami singgah kotaraya yang baru direnovate. nama dia aku lupa. tapi takbanyak yang nak dilihat. banyak gerai jual gelang, aksesori, kuih, kek, baju untuk raya. dalam cari tudung yang sesuai dengan baju raya member aku. lagi sorang kawan aku baru perasan dia terpakai gelang yang dia terai tadi. sudahnya kenalah gi balek tempat tadi nak letak balik.
orang yang jual tuh pon tak pasan. yela macamane nak pasan kalau dia letak selonggok gelang. keluar dari situ kami gerak gi pasir gudang sebab nak berbuka kat sana. kawan yang memang dok sana da cari tempat untuk kami iftar dan menunggu kami sampai. kami yang memang tak pernah gi pasir gudang ni mengharap sangat jangan sampai sesat. nasib baik jalan tak banyak belokbelok. bila sampai sana. banyak masa lagi sebelum berbuka. jadi kami pergi ke beberapa bazar ramadhan untuk mengisi waktu yang lapang.
dengan masa yang masih berbaki kami lepak di tepi laut untuk melihat pemandangan. bila aku ingat semula, masa aku di teknik pon waktu outing aku banyak abeskan dengan duduk di atas batu di tepi laut. angin yang menderu sangat menenangkan hati . kami berbual mengenai hal masingmasing. menanti siapa yang akan diijab terlebih dahulu. merakam aksi bersama. berkerut melihat kapal terbang yang selalu melintas. tanpa sedar tinggal beberapa minit sebelum berbuka. jadi kami bergerak agar tidak melewatkan iftar.
makanan yang terhidang agak mewah dengan 2ekor ikan. tapi kami berjaya menghabiskan nya. dengan perut yang penuh kami merancang ingin berjumpa seperti ini lagi. bila agak selesa untuk bergerak kami beransur pulang kerana aku tidak mahu sampai rumah terlalu lewat. dengan melalui jalan lama aku melalui Kulai tempat tinggal kawan aku. selamat dia aku turunkan aku teruskan perjalanan. nama pon jalan lama. banyak gelap dan berdebu dari terang. akhirnya aku selamat sampai rumah. penat tapi seronok.
p/s: aku harap perhubungan kita tak akan hilang atau pudar disebabkan masa. sebab aku sayang korang !
No comments:
Post a Comment