di pagi hari jumaat. apakah perasaan yang patut dirasai?
gembira sebab last day kerja/skola. esok cuti!
marah sampai rasa nak pancitkan tayar kereta orang sampai flat.
sedih sebab kerja tak siap lagi. deadline. deadline.
teruja nak pergi berjalan di hari minggu bersama tersayang~
yang kat atas hanya pendahuluan sebab nak redakan bengang di sudut hati
aku tak pergi kelas. terduduk kebingungan kenapa jadi begitu
dari jauh aku tersentak melihat keadaan kereta yang menyedihkan
seingat aku. malam tadi kereta aku masih dalam keadaan yang baik.
sedihnya hanya Dia yang tahu. apa yang aku harus lakukan.
kemudian guard yang aku rasakan seperti sial perangainya mendekat
dia marah-marah seperti tidak tahu adabnya orang melayu
ya. aku tahu aku orang terpelajar. tak perlu kau bangkitkan
kalau tiada amaran atau tanda menunjukkan tiada kereta boleh letak di situ
orang yang punya PHD pon boleh buat perkara seperti aku
memang dasar guard tua. (ish. aku tak biasa maki orang)
aku hanya mampu minta maaf. aku tak mahu api semakin marak
sebab lain aku buntu memikirkan bagaimana aku mahu ke kelas
hanya pada dia yang mampu aku bertanya. berharap agar dia dapat membantu
walau aku tahu aku menyusahkan. dia bekerja dan stiada orang yang boleh menggantikan.
akhirnya setelah ditunggu jam 11 dia datang membawa alat yang boleh menbantu
hampir 1jam proses berlaku dan akhirnya kereta boleh bergerak
semasa proses itu dia marah-marah, maki hamun pada orang yang membuat dajal
dia ingin membuat report sekiranya kereta aku tidak dapat dibetulkan
dia sungguh penuh dengan emosi sedang aku lebih memilih untuk bersedih
lega apabila kereta aku tidak apa-apa. lega dapat mengisi perut yang kosong
lega dapat menenangkan hati walau dia berkata aku asyik bersedih
sumpah aku takkan biarkan perkara ini terjadi lagi
ya. aku perempuan yang bingung apabila itu terjadi
tapi aku harap jauh dalam sudut hati. aku akan lebih kuat untuk menahan
menyakinkan diri benar agar mereka tidak memijak
p/s: rasanya aku belum jumpa semua jenis manusia lagi
No comments:
Post a Comment