lagi sakit bila janji hanya tinggal janji melayu.
tak kira apa pangkat kau. manusia berpegang pada janji
sebab aku sendiri jaga pantang ini
begitu banyak persiapan. perancangan aku susun
aku memang begini. aku tak mahu huru hara pada hari yang dijanji
tapi apakan daya
sebab yang kau bagi begitu kukuh
sampai aku tak mampu berkata apa-apa
aku cuba terima-manusia hanya mampu merancang
mungkin sudah tertulis ada perkara lain yang lebih penting dari janji kau
hati aku sakit. ya. hati aku mudah tercalar
lebih senang rabak apabila sebabnya dari orang yang aku sayang
bukan sebab janji aku bersedih. tapi sebab apa yang aku telah rancangkan
kau memberitahu perkara itu sehingga membuat aku terkelu
otak berhenti berfungsi dari memikirkan kenapa itu terjadi
aku tahu kau tidak menjangkanya jugak. aku tidak salahkan kau
tapi mata terus berkaca tanpa aku sedari. kenapa aku begini
aku cuba tahan. cuba berlagak biasa dihadapan mereka
panggilan kau lebih merumitkan keadaan. aku tak mahu angkat
aku tahu hati aku sudah terlalu sedih.
cepat-cepat aku masuk bilik agar mereka tidak sedar
aku katakan aku tidak kesah. sedangkan mata semakin membengkak
kau perlu dahulukan dia yang lebih penting dari aku
hati semakin mati apabila kau kata kan kita sudah sering berjumpa
sedang dia amat jarang kau temui. aku tahu kau rindukan dia
rindu masakan dan senda gurau
aku rela kita tidak berjumpa cuma aku sedih
ditinggalkan seorang. aku tak tahu harus berkata apa
kerana kau juga bingung memikirkan jalan
tak mengapa. kau kata. jika berkesempatan kita mungkin berjumpa
mungkin
aku susah berpegang pada perkataan itu. aku takut untuk mengharap
jika terlalu tinggi aku akan sakit sendirian
jadi aku mengambil langkah tidak kisah
biarkan masa menentukan apa yang akan terjadi
aku boleh terima andai nanti kita tidak berjumpa
sebelum aku pulang dan pergi jauh untuk seketika
p/s: feeling sorang-sorang
No comments:
Post a Comment