Monday, June 11, 2012

macam ada sesuatu

aku nak cerita tapi macam
tak ada tenaga nak bagi jari berlari di atas keyboard.
otak memerah keluar apa yang ada.
mata da penat untuk bertahan lebih lama.
mungkin nanti ...


p/s: masa yang sesuai datang tanpa dijangka

Saturday, June 9, 2012

rasa susah nak percaya

aku sedar aku memang tak boleh nak stayup sampai pagi buta. some may work for them. tapi bukan aku. rasa shit gila bila aku rasa gantok gila tapi aku baru sedar kerja yang aku kena siapkan banyak gila. (oke sila kira words 'gila' dalam ayat aku) tapi aku sedar aku yang tak ada mood nak mengadap kerja. ya final da dekat. ya speech tak hafal. ya nota banyak tak siap. eh! makin stress pulak aku. arghh~

adapun aku post ne nak menghilangkan stres. which i doubt that. aku da jem menyalin speech. nak beborak rasa malam ne airliur neh mahal pulak. nak supper rasa malas yang maha dasyat. (lagipun taknak g dapur after 9 apatah lagi midnite) lagi apa aku nak buat. yang tak memerlukan aku bergerak. ya online dan blog. tak ada siapa tahu aku ada blog. which is cool. aku tak sedia nak share apa aku fikir, rasa dan kunyah pada semua orang. aku suka baca kisah hidup mereka. suma aku rasa itu terlalu exposed untuk aku. but no one can't keep a secret. cam lirik lagu tuh. lalala~

ish. tapi bila aku belek balek (cam klaka bila sebot laju2 "belekbalik") blog yang aku reka. rasa tak percaya. it still remain my diary which i can let out my feelings without worries till now. tak fikir pon ada hackers nak hack sebab banyak blog yang da femes dorang boleh hack.

ok da keluar tajuk. even aku tak tahu apa aku nak cerita. cuma aku memang macam neh. maksud aku bila nak final perasaan rajin belajar masa mula2 semester terus hilang macam kriuk2 ayam goreng berempah yang panas. aku masih tak pasti kenapa aku rasa macam tuh. kenapa aku tak bole tetapkan rasa semangat tuh. bila aku mengadu, dia cuba bagi semangat. cuma aku rasa tak cukup. atau aku tamak? sampai satu tahap aku perlu menangis untuk leraikan semua perasaan yang sangat shit dalam diri.

im maybe a cryer but im strong inside. really wish that word really prove something. susah nak percaya. tapi orang luar tengok aku yang hopeless soft suka drive dan tak kesah kalau long-distance macam something gila. pada aku itu benda yang tak bermakna apa2 sebab aku suka laju (yang mana sekarang aku da insaf. lepas beberapa peringatan) tapi aku rasa mungkin sebab aku kakak sulung. rasa nak lookout adik2 cam over-the-top. so ter'apply kat benda lain.

tolong beri aku kekuatan. em. ne kalau aku teruskan menulis. tak siapla speech bel jawabnya. mandarin lagi. adoyy~stres balek tapi da kurang. bagus2. blog is some sort of my getaway from tense. in my opinion.


p/s: almost aweek tak jumpa (noted: new record+1st time gila jarang mesej dalam 1hari) benda yang ktorg aim nak buat tapi tak jadik sebab selalu jumpa since da dekat kan. tak ade alasan nak bagi. hope everything fine since aku tak pernah kapel LAMA camni. aku tak kira ktorg da berapa tahun. aku rasa dia pun

Friday, May 25, 2012

perlu ke buat macam tu

di pagi hari jumaat. apakah perasaan yang patut dirasai?

gembira sebab last day kerja/skola. esok cuti!
marah sampai rasa nak pancitkan tayar kereta orang sampai flat.
sedih sebab kerja tak siap lagi. deadline. deadline.
teruja nak pergi berjalan di hari minggu bersama tersayang~

yang kat atas hanya pendahuluan sebab nak redakan bengang di sudut hati
aku tak pergi kelas. terduduk kebingungan kenapa jadi begitu
dari jauh aku tersentak melihat keadaan kereta yang menyedihkan
seingat aku. malam tadi kereta aku masih dalam keadaan yang baik.
sedihnya hanya Dia yang tahu. apa yang aku harus lakukan.

kemudian guard yang aku rasakan seperti sial perangainya mendekat
dia marah-marah seperti tidak tahu adabnya orang melayu
ya. aku tahu aku orang terpelajar. tak perlu kau bangkitkan
kalau tiada amaran atau tanda menunjukkan tiada kereta boleh letak di situ
orang yang punya PHD pon boleh buat perkara seperti aku
memang dasar guard tua. (ish. aku tak biasa maki orang)
aku hanya mampu minta maaf. aku tak mahu api semakin marak
sebab lain aku buntu memikirkan bagaimana aku mahu ke kelas

hanya pada dia yang mampu aku bertanya. berharap agar dia dapat membantu
walau aku tahu aku menyusahkan. dia bekerja dan stiada orang yang boleh menggantikan.
akhirnya setelah ditunggu jam 11 dia datang membawa alat yang boleh menbantu
hampir 1jam proses berlaku dan akhirnya kereta boleh bergerak
semasa proses itu dia marah-marah, maki hamun pada orang yang membuat dajal
dia ingin membuat report sekiranya kereta aku tidak dapat dibetulkan
dia sungguh penuh dengan emosi sedang aku lebih memilih untuk bersedih

lega apabila kereta aku tidak apa-apa. lega dapat mengisi perut yang kosong
lega dapat menenangkan hati walau dia berkata aku asyik bersedih
sumpah aku takkan biarkan perkara ini terjadi lagi
ya. aku perempuan yang bingung apabila itu terjadi
tapi aku harap jauh dalam sudut hati. aku akan lebih kuat untuk menahan
menyakinkan diri benar agar mereka tidak memijak


p/s: rasanya aku belum jumpa semua jenis manusia lagi