Friday, May 25, 2012

perlu ke buat macam tu

di pagi hari jumaat. apakah perasaan yang patut dirasai?

gembira sebab last day kerja/skola. esok cuti!
marah sampai rasa nak pancitkan tayar kereta orang sampai flat.
sedih sebab kerja tak siap lagi. deadline. deadline.
teruja nak pergi berjalan di hari minggu bersama tersayang~

yang kat atas hanya pendahuluan sebab nak redakan bengang di sudut hati
aku tak pergi kelas. terduduk kebingungan kenapa jadi begitu
dari jauh aku tersentak melihat keadaan kereta yang menyedihkan
seingat aku. malam tadi kereta aku masih dalam keadaan yang baik.
sedihnya hanya Dia yang tahu. apa yang aku harus lakukan.

kemudian guard yang aku rasakan seperti sial perangainya mendekat
dia marah-marah seperti tidak tahu adabnya orang melayu
ya. aku tahu aku orang terpelajar. tak perlu kau bangkitkan
kalau tiada amaran atau tanda menunjukkan tiada kereta boleh letak di situ
orang yang punya PHD pon boleh buat perkara seperti aku
memang dasar guard tua. (ish. aku tak biasa maki orang)
aku hanya mampu minta maaf. aku tak mahu api semakin marak
sebab lain aku buntu memikirkan bagaimana aku mahu ke kelas

hanya pada dia yang mampu aku bertanya. berharap agar dia dapat membantu
walau aku tahu aku menyusahkan. dia bekerja dan stiada orang yang boleh menggantikan.
akhirnya setelah ditunggu jam 11 dia datang membawa alat yang boleh menbantu
hampir 1jam proses berlaku dan akhirnya kereta boleh bergerak
semasa proses itu dia marah-marah, maki hamun pada orang yang membuat dajal
dia ingin membuat report sekiranya kereta aku tidak dapat dibetulkan
dia sungguh penuh dengan emosi sedang aku lebih memilih untuk bersedih

lega apabila kereta aku tidak apa-apa. lega dapat mengisi perut yang kosong
lega dapat menenangkan hati walau dia berkata aku asyik bersedih
sumpah aku takkan biarkan perkara ini terjadi lagi
ya. aku perempuan yang bingung apabila itu terjadi
tapi aku harap jauh dalam sudut hati. aku akan lebih kuat untuk menahan
menyakinkan diri benar agar mereka tidak memijak


p/s: rasanya aku belum jumpa semua jenis manusia lagi

Tuesday, May 22, 2012

tolong lupakan rasa ini

pantang aku bila berjanji orang tak kotakan.
lagi sakit bila janji hanya tinggal janji melayu.
tak kira apa pangkat kau. manusia berpegang pada janji
sebab aku sendiri jaga pantang ini
begitu banyak persiapan. perancangan aku susun
aku memang begini. aku tak mahu huru hara pada hari yang dijanji

tapi apakan daya
sebab yang kau bagi begitu kukuh
sampai aku tak mampu berkata apa-apa
aku cuba terima-manusia hanya mampu merancang
mungkin sudah tertulis ada perkara lain yang lebih penting dari janji kau
hati aku sakit. ya. hati aku mudah tercalar
lebih senang rabak apabila sebabnya dari orang yang aku sayang
bukan sebab janji aku bersedih. tapi sebab apa yang aku telah rancangkan

kau memberitahu perkara itu sehingga membuat aku terkelu
otak berhenti berfungsi dari memikirkan kenapa itu terjadi
aku tahu kau tidak menjangkanya jugak. aku tidak salahkan kau
tapi mata terus berkaca tanpa aku sedari. kenapa aku begini
aku cuba tahan. cuba berlagak biasa dihadapan mereka
panggilan kau lebih merumitkan keadaan. aku tak mahu angkat
aku tahu hati aku sudah terlalu sedih.
cepat-cepat aku masuk bilik agar mereka tidak sedar
aku katakan aku tidak kesah. sedangkan mata semakin membengkak
kau perlu dahulukan dia yang lebih penting dari aku

hati semakin mati apabila kau kata kan kita sudah sering berjumpa
sedang dia amat jarang kau temui. aku tahu kau rindukan dia
rindu masakan dan senda gurau
aku rela kita tidak berjumpa cuma aku sedih
ditinggalkan seorang. aku tak tahu harus berkata apa
kerana kau juga bingung memikirkan jalan

tak mengapa. kau kata. jika berkesempatan kita mungkin berjumpa
mungkin
aku susah berpegang pada perkataan itu. aku takut untuk mengharap
jika terlalu tinggi aku akan sakit sendirian
jadi aku mengambil langkah tidak kisah
biarkan masa menentukan apa yang akan terjadi

aku boleh terima andai nanti kita tidak berjumpa
sebelum aku pulang dan pergi jauh untuk seketika


p/s: feeling sorang-sorang

Wednesday, May 9, 2012

singgah pantai di Mersing


sukaneka mini

bbq during nyte

last picture in 1 class

beautiful scenery

towed boat

lovely cloud


Friday, May 4, 2012

bila nanti aku terlupa

aku tak pernah terima bantuan kewangan dari sesiapa (parents aku tak kira lah kan) bila da kat tahap neh. aku perlu meminjam rasa pelik. aku dah ade hutang sebelum bekerja lagi..tension kan?

aku takot tak larat nak bayar. tapi aku terpaksa. sebelum ne ayah aku pon tak prefer aku buat pinjaman. selagi dia mampu. selagi dia boleh tanggung aku. isk2. aku rasa segan bila acapkali nak keluarkan hasrat untuk mintak duit belanja. huhu. sekurang-kurangnya sekarang aku boleh manage financial aku sendiri. mungkin masih perlukan bantuan tapi tak seberat dulu.

aku takot nafsu menguasai hati. peliknya aku rasa sayang nak guna bila nampak duit cecah empat digit dalam akaun bank aku. new experience tapi aku tahu. duit tuh aku akan gunakan sampai habis 1sem. aku akui aku suka berbelanja cuma cara aku. aku tahu apa yang aku inginkan. kalau aku jumpa apa yang aku cari. aku akan beli tanpa teragak-agak. bukan baru tercari-cari seperti setengah orang yang pada pandangan aku seperti membuang masa. huhu. pada pandangan aku~

aku takot kalau duit yang diberikan tidak mencukupi sehingga tempoh yang sepatutnya. aku tak pernah meminjam. aku cuma harap apa yang aku rancangkan berjalan seperti sepatutnya~ aku ingin cuba untuk berhenti meminta dari mereka. cuba wujudkan perubahan. aku rasa bertanggungjawab. mungkin adik-adik aku masih tak memahami makna kesusahan. perit dan aku cuba untuk tidak melaluinya lagi. memang mustahil jika dalam hidup kita tak pernah susah tapi untuk melalui nya sekali lagi untuk jangak masa yang sama. maaf. aku tak sanggup. aku rela berjimat dari tiada duit untuk dibelanjakan nanti.


p/s: aku tension dengan final yang semakin hampir. notes yang tak siap. kuiz&test yang berlumba minta dijawab. tapi aku masih sempat menyelit waktu bergumbira ESOK.