Sunday, September 30, 2012

rutin yang perlu disusun

aku ada appointment setiap hari isnin, rabu dan jumaat. dengan dia tapi bukan memadu asmara. aku support idea dia untuk jadi lebih sihat. bukan sebab orang mengata dia gemuk. atau aku sendiri memang panggil dia buncit. tapi atas kesedaran yang dia tak selesa dengan diri dia sekarang. kata nya: nak main bola dah tak fit, nak pakai jersi bola original bought from Poland pun tak muat. he just need to do something about it.

aku dan dia berlumbalumba siapa berpeluh lebih banyak. dan of course, bau pun. sendiri mau ingat. tapi kami selesa. tak ada nak segan ke apa. im just proud with him for losing 2kg. he must keep the routine. dia ada cakap bila aku tak ada nanti kat sini mungkin dia pun tak pergi. aku tak tahu nak cakap apa. lagipun majoriti memang lelaki. patut nya bila aku tak ada senang la dia nak bergaul dengan groupgroup kat sana.

aku selesa dengan diri aku. biar orang cakap aku apa pun. mungkin mulamula terasa tapi aku buat tak endah. because i know, one fine day would come, where they would experience the same thing. tak ada orang yang perfect pon. sebab tuh kita pakai pencuci muka, toner, bedak, losyen, minum air kurus ni, makan pil gemuk tuh, botox la. humans are never satisfy with what they have in hands and what they sees. wee~

cuma aku da lama tak keluar peluh. and that feeling is the best thing you should experience. badan pun rasa sedap, ringan, tak ada lenguhlenguh. tidur kat sini memang lena sebab hidup aku penuh dengan aktiviti. tugasan yang sentiasa ada. siap yang ini kena buat yang itu. tapi aku suka sebab dari hidup tak buat apaapa. aku rasa diri macam tak berguna pun ada. haha. tapi naik tangga sampai tingkat6 masih mengah. sekian.


p/s: aku suka cakap apa aku fikir saat itu. cuma kadangkadang orang salah faham anggap aku mulut lepas

Friday, September 21, 2012

bila wayar otak tak mampu berfungsi

aku ada setahun lagi sebelum habis belajar. tak termasuk sem ni. memang aku rasa tak sabar sangat nak habis belajar. sebab aku nak kerja. duduk rumah sendiri. cuba masakan baru. shopping guna duit sendiri. yang aku pasti akan lain rasanya. ya. aku selalu berangan macam tuh. sebab tanpa anganangan kita tak pasti apa masa depan kita akan berlaku. tapi hanya berangan tanpa disokong dengan usaha. baik tak payah.

aku nak cerita sem ni sangat mencabar. dengan status aku yang tak tentu bila nak amek subjek. aku terpaksa memperjudikan nasib apa yang sesuai. (amboi ayat) sampai sekarang bila masa da hampir tutup untuk proses mendaftar. aku masih tak pasti apa keputusan aku betul. dia pun tegur kenapa aku macam berfikir sesuatu apabila keluar bersama. aku sedar diri aku sungguh telus hingga dia mudah mengagak. is that a good thing ??

serabut bila apa yang dirancang tidak berjalan lancar. aku kena ambil semua subjek yang didaftar. aku cuma mampu mengharap agar situasi ni bisa diselesaikan dengan cara terbaik. walau kadangkadang aku rasa terpinggir bila masuk kelas orang. yela dorang da kenal satu kelas. sekali masuk aku nak blend in macam susah. aku pulak jenis berat mulut. aku pun tak tahu kenapa. macam segan sangat nak tegur orang. adoiyai

penatnya bila ada masalah tak selesai lagi. adoy. tapi aku seronok sebab dapat habiskan jualan. agaknya ramai orang suka nasi ayam. tapi memang nasi ayam pakcik tuh sedap pon. lagilagi sambal dia. berhantu. manamana yang nak makan nasi ayam cuba pergi dekat area seksyen7, pusat komersil. memang kedai dia sorang je jual nasi ayam. haha. aku da macam promote dia pon ada. tapi takpe rezeki masingmasing kan.


p/s: bila banyak sangat benda nak pikir. otak pun boleh overload. lepas tuh blank.

Saturday, September 8, 2012

baru rasa benci

nak dekat dua bulan aku tak update bl0g. baru sedar yang kehidupan pelajar bukn senang. lagilagi bila jadual hidup aku makin penuh. sem ni aku teman dia keluar peluh hampir setiap hari. untuk menjaga diri.

dengan masa yang terhad. aku perlu buat n0ta, siapkan assignment, bersedia untuk ujian. mungkin perubahan ini akan membawa masa depan yang lebih baik. bila aku sedar aku tak punya banyak masa untuk dibazirkan. aku akan lebih memastikan setiap masa yang terluang dgunakan untuk perkara yang lebih baik. cuma aku harap mereka faham.

aku sedar aku seorang yang sangat mementingkan apa orang lain fikir. sebab aku tahu aku hidup dalam kumpulan. aku perlu rasa selesa dengan mereka. susah nak hidup sorangsorang kan.

so apa yang buat aku benci. bila penat takcukup tidur. bila ada kerja tapi taktahu apaapa. bila kena buat n0ta tapi takcukup masa. em. sekurangkurangnya mata aku takadalah celik bila badan da setengah jam atas tilam.


p/s: dia cakap cuma masa jadik pelajar aku boleh berseronok.