Sunday, August 12, 2012

iftar+small reunion

bila aku jumpa dorang. rupanya aku sedar aku rindukan zaman aku bersama mereka. we are closer back then since we have to stay in a dorm. rasa da lama sangat tak jumpa dorang. kali terakhir jumpa pon masa aku belajar kat JB dulu. tuh pon tak ramai mana. aku paham. lagilagi sekarang. ada yang da kerja. yang belajar cuti tak sama. nak jumpa tapi tak ada transport. masingmasing sekarang makin sibuk. aku pon tak kesah. asalkan dorang masih ingat pon aku da rasa beruntung.

aku abeskan tingkatan 4 dan 5 aku kat sekolah teknik. sekarang sekolah aku tuh pon da lain. tapi sempatla merasa beberapa batch sebelum jadi sekolah vokasional. kalau tak silap aku la. aku lupa. tapi aku bukan nak cerita pasal sekolah. mungkin entri lain. bila aku rindu zaman sekolah aku nanti. em. apapon. semalam aku jumpa beberapa lagi kawan aku yang aku da lama tak jumpa. tapi kawan aku yang rancang benda ne tak dapat datang sebab dia ada hal kat tengahtengah jalan. tak apa. kami paham.

sejak aku pindah aku da jarang nak turun JB. jadi bila dorang ajak iftar kat JB aku rasa nak pergi sebab aku da lama tak tengok perkembangan JB sekarang (ceh ayat aku). aku sampai pagi tu aku tengok jalan da banyak lain. yang dulu tak siap da siap. bagusla tak ada yang terbengkalai. sampai kat meeting point rupanya aku sampai dulu. aku tak kesah bole jugak aku siap apa yang patut. aku naik kereta kawan aku sebab aku da lupa jalan kat JB. jimat jugak gerak satu kereta kan. 

bila dia tanya nak gi mana. nak je aku jawab g cs. tapi aku tahu mesti sesak kat bandar. aku cuma nak tengok apa ada kat JB sekarang. pusingpusing je pon aku ok. lastlast decide. kami singgah kotaraya yang baru direnovate. nama dia aku lupa. tapi takbanyak yang nak dilihat. banyak gerai jual gelang, aksesori, kuih, kek, baju untuk raya. dalam cari tudung yang sesuai dengan baju raya member aku. lagi sorang kawan aku baru perasan dia terpakai gelang yang dia terai tadi. sudahnya kenalah gi balek tempat tadi nak letak balik.

orang yang jual tuh pon tak pasan. yela macamane nak pasan kalau dia letak selonggok gelang. keluar dari situ kami gerak gi pasir gudang sebab nak berbuka kat sana. kawan yang memang dok sana da cari tempat untuk kami iftar dan menunggu kami sampai. kami yang memang tak pernah gi pasir gudang ni mengharap sangat jangan sampai sesat. nasib baik jalan tak banyak belokbelok. bila sampai sana. banyak masa lagi sebelum berbuka. jadi kami pergi ke beberapa bazar ramadhan untuk mengisi waktu yang lapang.

dengan masa yang masih berbaki kami lepak di tepi laut untuk melihat pemandangan. bila aku ingat semula, masa aku di teknik pon waktu outing aku banyak abeskan dengan duduk di atas batu di tepi laut. angin yang menderu sangat menenangkan hati . kami berbual mengenai hal masingmasing. menanti siapa yang akan diijab terlebih dahulu. merakam aksi bersama. berkerut melihat kapal terbang yang selalu melintas. tanpa sedar tinggal beberapa minit sebelum berbuka. jadi kami bergerak agar tidak melewatkan iftar.

makanan yang terhidang agak mewah dengan 2ekor ikan. tapi kami berjaya menghabiskan nya. dengan perut yang penuh kami merancang ingin berjumpa seperti ini lagi. bila agak selesa untuk bergerak kami beransur pulang kerana aku tidak mahu sampai rumah terlalu lewat. dengan melalui jalan lama aku melalui Kulai tempat tinggal kawan aku. selamat dia aku turunkan aku teruskan perjalanan. nama pon jalan lama. banyak gelap dan berdebu dari terang. akhirnya aku selamat sampai rumah. penat tapi seronok.


p/s: aku harap perhubungan kita tak akan hilang atau pudar disebabkan masa. sebab aku sayang korang !

Friday, August 10, 2012

semangat yang datang

bila aku bangun pagi tadi. aku tengok mereka tengah semangat kemas rumah. lebih kurang seminggu lagi nak raya. ruang tamu aku tengok da beralih tempat. kerusi yang kat sana da ada kat sini. langsir da bertukar.bilik yang bersepah pun kena kemas. lagilagi bilik aku.macam kena puting beliung. tapi yang sedihnya barang yang bersepah bukan barang aku. da berapa kali aku suruh kemas dia buat dek je. aku memang malas nak suruh banyak kali. kalu aku yang kemas ada pulak barang yang hilang kang.

jadi bila semua tengah bersemangat lega aku tengok bila bilik aku da lapang sikit. dari tak nampak wujudnya permaidani kat dalam bilik aku da nampak da. barang yang berlonggok pon da tak ada. aku pon kenalah semangat jugak. kemas apaapa yang patut. aku lipat baju dalam almari aku yang aku akui susunan yang aku buat tidak akan bertahan lebih sebulan. aku pun tak tahu kenapa. lepas tu berterabur balek. mungkin sebab aku jarang dok rumah ne. boleh dikatakan 80% dalam setahun aku ada kat Shah Alam.

tapi kata orang. sambil menyelam minum air. sambil kemas baju terai sekali baju yang da lama tak pakai. nak tengok muat ke tidak. nak bagi orang ke nak simpan. memang satu hari aku dok dalam bilik terai baju pastu tunjuk kat ibu. (she's not believing my judgement) bila dia kata ok aku pun rasa ok baju tu aku simpan. sebenarnya aku da tak ada keyakinan sangat nak pakai baju kebaya. sebab aku lagi berisi dari dulu. kawan yang sekeliling aku pun badan pendekpendek. kecikkecik. dorang lawalah kalau pakai. huhu.


p/s: aku rasa raya tahun ne hambar. sebab atuk raya kat Mekah. tapi ada kelainan yang mereka nak buat malam raya nanti. omnomnom !

Thursday, August 2, 2012

keTENANGan yang jarang dijumpai #1

tak ramai orang dapat peluang macam aku. tak ramai yang tahu aku pernah pergi sana. bukan aku taknak bercerita. tapi aku takut bertukar jadik bongkak lamalama. jadi lebih baik senyap kan. tapi itula pengalaman yang aku patut hargai. masih terasa lagi ketenangan bila sampai disana. ya memang orang kata panasla, bahangla tapi aku tak kesah.

aku pergi kota Mekah. untuk mengerjakan umrah. dua tahun lepas kalau tak salah. aku tak ingat. tapi bila aku diberitahu aku akan pergi aku macam tak percaya. tapi tarikh telah ditetapkan aku cuma mampu berdoa semua akan berjalan dengan lancar. rancangnya kami akan ke Turki terlebih dahulu sebelum mengerjakan umrah. hampir sebulan perjalanan akan mengambil masa sebelum pulang ke tanah air. segala persediaan dan keperluan untuk digunakan semasa disana dibeli disini. aku tidak dapat mengagak bagaimana perjalanan kami nanti.
airplane yang aku naik
kami dihantar ke klia dan menanti sehingga penerbangan kami dipanggil. ini kali pertama aku pergi terlalu jauh dari Malaysia dengan kapal terbang. masa dalam tuh aku abeskan tengok cerita, main games, tidur dan ulang balik benda yang sama. aku memang tak selesa sebenarnya. susah nak lena bila tidur macam tuh. aku perlukan tilam. haha. apapun bila kami selamat sampai, rombongan kami menunggu bas yang akan ambil kami. turut disediakan tour guide yang sangat pandai berbahasa Melayu. pandai dia tarik perhatian kami.
tourguide kami yang berbangsa Turkish
aku dah cakap kan tadi. first stop before Mecca is Turki. sangat cantek environment kat sana. MPT kat sana sangat concern pasal susunatur bunga kat tepi jalan. kat taman lagi lah. Subhanallah~ ow, MPT stand for Majlis Perbandaran Turki since aku tak tahu who operate that section over there. kalau dekat Malaysia kan MPPJ la, MPBP la, MBSA la. aku agak je. jadi ni antara tempattempat bersejarah yang aku lawati. serta taman yang sangat cantik. tourguide kami cakap masa tu musim bunga. susunan gambar agak random sebab aku da tak ingat gi mana dulu.
statue of cat.
hiasan dalam masjid yang hampir siap
air pancut dalam masjid (sebelum pagar tu tempat solat wanita)
khat bentuk anak panah dan busur !
tinggalan benteng zaman dulu
masjid yang banyak kubah

rehal terbesar di muzium
ada cerita disebalik tiang ni



imam tertua di masjid
women in white skirt join sekali snap picture



don't ever feed food to them !

p/s: aku baru tahu Turki terbahagi kepada dua bahagian.