Monday, October 8, 2012

tambah lagi satu

bukan apa pun yang bertambah. cuma aku baru tahu aku diWAJIBkan pergi pulau langkawi. bukan aku tak suka. cuma aku dapat tahu pun last minit. bayangkan mana nak cari orang yang boleh bagi fund untuk aku pergi sana? nak berangan dulu nak bawak apa? haha. nasib baik dia buat masa cuti jadik aku tak ada alasan nak menolak. (bukan boleh tolak pun, lecturer suruh pergi jugak)

minggu sebelum cuti bermula aku kena bayar yuran. bukan mahal pun pada aku. rm180 bagi aku oke sebab pergi 2malam. dapat harga tuh mungkin jugak sebab 2kelas kalau tak salah aku yang pergi. tinggal bawak wet shopping je (lemak la kau kalau yang tuh pun dia nak bagi) nak beli coklat banyakbanyak. cakap langkawi je mesti pasal coklat. cakap coklat je mesti pasal langkawi. haha.

yang berat nya. akhir semester sebelum final aku ada trip Sabah yang taktahu lagi kena bayar berapa. kawan aku budget seribu untuk cover semua kos. harap masa nak pergi nanti kewangan akan stabil. sebab bukan senang nak dapat hargaharga macam ni lepas habis belajar. mungkin tak ada sampai melawat ke luar negara macam adik aku yang kat UTM tapi aku dapat berjalan jugak.


p/s: aku nak pusing satu Malaysia dulu baru boleh berangan nak ke luar Malaysia. anganangan.

Sunday, September 30, 2012

rutin yang perlu disusun

aku ada appointment setiap hari isnin, rabu dan jumaat. dengan dia tapi bukan memadu asmara. aku support idea dia untuk jadi lebih sihat. bukan sebab orang mengata dia gemuk. atau aku sendiri memang panggil dia buncit. tapi atas kesedaran yang dia tak selesa dengan diri dia sekarang. kata nya: nak main bola dah tak fit, nak pakai jersi bola original bought from Poland pun tak muat. he just need to do something about it.

aku dan dia berlumbalumba siapa berpeluh lebih banyak. dan of course, bau pun. sendiri mau ingat. tapi kami selesa. tak ada nak segan ke apa. im just proud with him for losing 2kg. he must keep the routine. dia ada cakap bila aku tak ada nanti kat sini mungkin dia pun tak pergi. aku tak tahu nak cakap apa. lagipun majoriti memang lelaki. patut nya bila aku tak ada senang la dia nak bergaul dengan groupgroup kat sana.

aku selesa dengan diri aku. biar orang cakap aku apa pun. mungkin mulamula terasa tapi aku buat tak endah. because i know, one fine day would come, where they would experience the same thing. tak ada orang yang perfect pon. sebab tuh kita pakai pencuci muka, toner, bedak, losyen, minum air kurus ni, makan pil gemuk tuh, botox la. humans are never satisfy with what they have in hands and what they sees. wee~

cuma aku da lama tak keluar peluh. and that feeling is the best thing you should experience. badan pun rasa sedap, ringan, tak ada lenguhlenguh. tidur kat sini memang lena sebab hidup aku penuh dengan aktiviti. tugasan yang sentiasa ada. siap yang ini kena buat yang itu. tapi aku suka sebab dari hidup tak buat apaapa. aku rasa diri macam tak berguna pun ada. haha. tapi naik tangga sampai tingkat6 masih mengah. sekian.


p/s: aku suka cakap apa aku fikir saat itu. cuma kadangkadang orang salah faham anggap aku mulut lepas

Friday, September 21, 2012

bila wayar otak tak mampu berfungsi

aku ada setahun lagi sebelum habis belajar. tak termasuk sem ni. memang aku rasa tak sabar sangat nak habis belajar. sebab aku nak kerja. duduk rumah sendiri. cuba masakan baru. shopping guna duit sendiri. yang aku pasti akan lain rasanya. ya. aku selalu berangan macam tuh. sebab tanpa anganangan kita tak pasti apa masa depan kita akan berlaku. tapi hanya berangan tanpa disokong dengan usaha. baik tak payah.

aku nak cerita sem ni sangat mencabar. dengan status aku yang tak tentu bila nak amek subjek. aku terpaksa memperjudikan nasib apa yang sesuai. (amboi ayat) sampai sekarang bila masa da hampir tutup untuk proses mendaftar. aku masih tak pasti apa keputusan aku betul. dia pun tegur kenapa aku macam berfikir sesuatu apabila keluar bersama. aku sedar diri aku sungguh telus hingga dia mudah mengagak. is that a good thing ??

serabut bila apa yang dirancang tidak berjalan lancar. aku kena ambil semua subjek yang didaftar. aku cuma mampu mengharap agar situasi ni bisa diselesaikan dengan cara terbaik. walau kadangkadang aku rasa terpinggir bila masuk kelas orang. yela dorang da kenal satu kelas. sekali masuk aku nak blend in macam susah. aku pulak jenis berat mulut. aku pun tak tahu kenapa. macam segan sangat nak tegur orang. adoiyai

penatnya bila ada masalah tak selesai lagi. adoy. tapi aku seronok sebab dapat habiskan jualan. agaknya ramai orang suka nasi ayam. tapi memang nasi ayam pakcik tuh sedap pon. lagilagi sambal dia. berhantu. manamana yang nak makan nasi ayam cuba pergi dekat area seksyen7, pusat komersil. memang kedai dia sorang je jual nasi ayam. haha. aku da macam promote dia pon ada. tapi takpe rezeki masingmasing kan.


p/s: bila banyak sangat benda nak pikir. otak pun boleh overload. lepas tuh blank.

Saturday, September 8, 2012

baru rasa benci

nak dekat dua bulan aku tak update bl0g. baru sedar yang kehidupan pelajar bukn senang. lagilagi bila jadual hidup aku makin penuh. sem ni aku teman dia keluar peluh hampir setiap hari. untuk menjaga diri.

dengan masa yang terhad. aku perlu buat n0ta, siapkan assignment, bersedia untuk ujian. mungkin perubahan ini akan membawa masa depan yang lebih baik. bila aku sedar aku tak punya banyak masa untuk dibazirkan. aku akan lebih memastikan setiap masa yang terluang dgunakan untuk perkara yang lebih baik. cuma aku harap mereka faham.

aku sedar aku seorang yang sangat mementingkan apa orang lain fikir. sebab aku tahu aku hidup dalam kumpulan. aku perlu rasa selesa dengan mereka. susah nak hidup sorangsorang kan.

so apa yang buat aku benci. bila penat takcukup tidur. bila ada kerja tapi taktahu apaapa. bila kena buat n0ta tapi takcukup masa. em. sekurangkurangnya mata aku takadalah celik bila badan da setengah jam atas tilam.


p/s: dia cakap cuma masa jadik pelajar aku boleh berseronok.

Sunday, August 12, 2012

iftar+small reunion

bila aku jumpa dorang. rupanya aku sedar aku rindukan zaman aku bersama mereka. we are closer back then since we have to stay in a dorm. rasa da lama sangat tak jumpa dorang. kali terakhir jumpa pon masa aku belajar kat JB dulu. tuh pon tak ramai mana. aku paham. lagilagi sekarang. ada yang da kerja. yang belajar cuti tak sama. nak jumpa tapi tak ada transport. masingmasing sekarang makin sibuk. aku pon tak kesah. asalkan dorang masih ingat pon aku da rasa beruntung.

aku abeskan tingkatan 4 dan 5 aku kat sekolah teknik. sekarang sekolah aku tuh pon da lain. tapi sempatla merasa beberapa batch sebelum jadi sekolah vokasional. kalau tak silap aku la. aku lupa. tapi aku bukan nak cerita pasal sekolah. mungkin entri lain. bila aku rindu zaman sekolah aku nanti. em. apapon. semalam aku jumpa beberapa lagi kawan aku yang aku da lama tak jumpa. tapi kawan aku yang rancang benda ne tak dapat datang sebab dia ada hal kat tengahtengah jalan. tak apa. kami paham.

sejak aku pindah aku da jarang nak turun JB. jadi bila dorang ajak iftar kat JB aku rasa nak pergi sebab aku da lama tak tengok perkembangan JB sekarang (ceh ayat aku). aku sampai pagi tu aku tengok jalan da banyak lain. yang dulu tak siap da siap. bagusla tak ada yang terbengkalai. sampai kat meeting point rupanya aku sampai dulu. aku tak kesah bole jugak aku siap apa yang patut. aku naik kereta kawan aku sebab aku da lupa jalan kat JB. jimat jugak gerak satu kereta kan. 

bila dia tanya nak gi mana. nak je aku jawab g cs. tapi aku tahu mesti sesak kat bandar. aku cuma nak tengok apa ada kat JB sekarang. pusingpusing je pon aku ok. lastlast decide. kami singgah kotaraya yang baru direnovate. nama dia aku lupa. tapi takbanyak yang nak dilihat. banyak gerai jual gelang, aksesori, kuih, kek, baju untuk raya. dalam cari tudung yang sesuai dengan baju raya member aku. lagi sorang kawan aku baru perasan dia terpakai gelang yang dia terai tadi. sudahnya kenalah gi balek tempat tadi nak letak balik.

orang yang jual tuh pon tak pasan. yela macamane nak pasan kalau dia letak selonggok gelang. keluar dari situ kami gerak gi pasir gudang sebab nak berbuka kat sana. kawan yang memang dok sana da cari tempat untuk kami iftar dan menunggu kami sampai. kami yang memang tak pernah gi pasir gudang ni mengharap sangat jangan sampai sesat. nasib baik jalan tak banyak belokbelok. bila sampai sana. banyak masa lagi sebelum berbuka. jadi kami pergi ke beberapa bazar ramadhan untuk mengisi waktu yang lapang.

dengan masa yang masih berbaki kami lepak di tepi laut untuk melihat pemandangan. bila aku ingat semula, masa aku di teknik pon waktu outing aku banyak abeskan dengan duduk di atas batu di tepi laut. angin yang menderu sangat menenangkan hati . kami berbual mengenai hal masingmasing. menanti siapa yang akan diijab terlebih dahulu. merakam aksi bersama. berkerut melihat kapal terbang yang selalu melintas. tanpa sedar tinggal beberapa minit sebelum berbuka. jadi kami bergerak agar tidak melewatkan iftar.

makanan yang terhidang agak mewah dengan 2ekor ikan. tapi kami berjaya menghabiskan nya. dengan perut yang penuh kami merancang ingin berjumpa seperti ini lagi. bila agak selesa untuk bergerak kami beransur pulang kerana aku tidak mahu sampai rumah terlalu lewat. dengan melalui jalan lama aku melalui Kulai tempat tinggal kawan aku. selamat dia aku turunkan aku teruskan perjalanan. nama pon jalan lama. banyak gelap dan berdebu dari terang. akhirnya aku selamat sampai rumah. penat tapi seronok.


p/s: aku harap perhubungan kita tak akan hilang atau pudar disebabkan masa. sebab aku sayang korang !

Friday, August 10, 2012

semangat yang datang

bila aku bangun pagi tadi. aku tengok mereka tengah semangat kemas rumah. lebih kurang seminggu lagi nak raya. ruang tamu aku tengok da beralih tempat. kerusi yang kat sana da ada kat sini. langsir da bertukar.bilik yang bersepah pun kena kemas. lagilagi bilik aku.macam kena puting beliung. tapi yang sedihnya barang yang bersepah bukan barang aku. da berapa kali aku suruh kemas dia buat dek je. aku memang malas nak suruh banyak kali. kalu aku yang kemas ada pulak barang yang hilang kang.

jadi bila semua tengah bersemangat lega aku tengok bila bilik aku da lapang sikit. dari tak nampak wujudnya permaidani kat dalam bilik aku da nampak da. barang yang berlonggok pon da tak ada. aku pon kenalah semangat jugak. kemas apaapa yang patut. aku lipat baju dalam almari aku yang aku akui susunan yang aku buat tidak akan bertahan lebih sebulan. aku pun tak tahu kenapa. lepas tu berterabur balek. mungkin sebab aku jarang dok rumah ne. boleh dikatakan 80% dalam setahun aku ada kat Shah Alam.

tapi kata orang. sambil menyelam minum air. sambil kemas baju terai sekali baju yang da lama tak pakai. nak tengok muat ke tidak. nak bagi orang ke nak simpan. memang satu hari aku dok dalam bilik terai baju pastu tunjuk kat ibu. (she's not believing my judgement) bila dia kata ok aku pun rasa ok baju tu aku simpan. sebenarnya aku da tak ada keyakinan sangat nak pakai baju kebaya. sebab aku lagi berisi dari dulu. kawan yang sekeliling aku pun badan pendekpendek. kecikkecik. dorang lawalah kalau pakai. huhu.


p/s: aku rasa raya tahun ne hambar. sebab atuk raya kat Mekah. tapi ada kelainan yang mereka nak buat malam raya nanti. omnomnom !

Thursday, August 2, 2012

keTENANGan yang jarang dijumpai #1

tak ramai orang dapat peluang macam aku. tak ramai yang tahu aku pernah pergi sana. bukan aku taknak bercerita. tapi aku takut bertukar jadik bongkak lamalama. jadi lebih baik senyap kan. tapi itula pengalaman yang aku patut hargai. masih terasa lagi ketenangan bila sampai disana. ya memang orang kata panasla, bahangla tapi aku tak kesah.

aku pergi kota Mekah. untuk mengerjakan umrah. dua tahun lepas kalau tak salah. aku tak ingat. tapi bila aku diberitahu aku akan pergi aku macam tak percaya. tapi tarikh telah ditetapkan aku cuma mampu berdoa semua akan berjalan dengan lancar. rancangnya kami akan ke Turki terlebih dahulu sebelum mengerjakan umrah. hampir sebulan perjalanan akan mengambil masa sebelum pulang ke tanah air. segala persediaan dan keperluan untuk digunakan semasa disana dibeli disini. aku tidak dapat mengagak bagaimana perjalanan kami nanti.
airplane yang aku naik
kami dihantar ke klia dan menanti sehingga penerbangan kami dipanggil. ini kali pertama aku pergi terlalu jauh dari Malaysia dengan kapal terbang. masa dalam tuh aku abeskan tengok cerita, main games, tidur dan ulang balik benda yang sama. aku memang tak selesa sebenarnya. susah nak lena bila tidur macam tuh. aku perlukan tilam. haha. apapun bila kami selamat sampai, rombongan kami menunggu bas yang akan ambil kami. turut disediakan tour guide yang sangat pandai berbahasa Melayu. pandai dia tarik perhatian kami.
tourguide kami yang berbangsa Turkish
aku dah cakap kan tadi. first stop before Mecca is Turki. sangat cantek environment kat sana. MPT kat sana sangat concern pasal susunatur bunga kat tepi jalan. kat taman lagi lah. Subhanallah~ ow, MPT stand for Majlis Perbandaran Turki since aku tak tahu who operate that section over there. kalau dekat Malaysia kan MPPJ la, MPBP la, MBSA la. aku agak je. jadi ni antara tempattempat bersejarah yang aku lawati. serta taman yang sangat cantik. tourguide kami cakap masa tu musim bunga. susunan gambar agak random sebab aku da tak ingat gi mana dulu.
statue of cat.
hiasan dalam masjid yang hampir siap
air pancut dalam masjid (sebelum pagar tu tempat solat wanita)
khat bentuk anak panah dan busur !
tinggalan benteng zaman dulu
masjid yang banyak kubah

rehal terbesar di muzium
ada cerita disebalik tiang ni



imam tertua di masjid
women in white skirt join sekali snap picture



don't ever feed food to them !

p/s: aku baru tahu Turki terbahagi kepada dua bahagian.

Wednesday, July 25, 2012

dulu di Cameron

my three brothers



that sole rock

subha' allah


Wednesday, July 18, 2012

sweet tooth

chocolate during revision=a must

first found pavlova in SA

sweet biscuit=old  memories

creampuff for hi-tea


Monday, July 16, 2012

benda yang tak dirancang

its a vacation that i always dream to have. tapi makin lama aku makin lupa impian tuh. akhirnya aku dapat pergi jugak pulau. walau tak sehebat pulau lain. tapi aku puas. mulamula rancang nak pergi dekat sebab aku pun baru mula cuti. tapi keadaan tak mengizinkan bila tempat yang aku nak stay fully booked. cuba cari cara lain. tempat baru. dengan harapan ingin bercuti.

susah nak percaya yang aku akan pergi bercuti. walaupun dalam perjalanan aku susah nak percaya. well, it is really my first time having a vacation to an island. dengan jalan nak kesana yang tak pasti. tapi aku redah juga. bila sampai jeti. aku masih tak percaya yang aku akan ke sana. tapi bila dah naik bot hati aku cakap. this is really happening! and im going!


tapi aku malas nak cerita panjangpanjang. letak gambar yang aku mampu ambil masa kat sana. cuma sayangnya masa snorkeling tak ada gambar. itu pun first experience aku untuk cuba snorkeling. ingat senang tapi bagi aku yang tak reti berenang. rasa fobia mulamula nak masuk air yang dalam tuh. tapi ada life jaket. air pun air laut. mesti lah timbul kan.

bila aku da biasa dengan air. aku mula jelajah dasar laut. tapi dari permukaan je. iskk~ walaupun macam tuh masih nampak dekat. aku nampak clown fish, coralcoral yang sangat lawa dan ikan yang sangat meriah warna di badannya. sekali aku tertelan seteguk air masin sebab eksited nak pergi bawah lagi. tuh makan dia~ merasa aku air renggis. but it taught me.

kira banyak jugak apa aku cerita. percutian ni aku akan ingat sampai bilabila sebab semua yang aku lakukan kat sana sangat mengenbirakan. ow! aku jumpa kawan baru yang lebih kurang sama usia dengan aku. dorang dah kawen dan g sana untuk honeymoon~best rasanya kawen cepat. walaupun kewangan mungkin tak begitu teguh lagi. haa~

beratur ingat terus naik. tapi bot tengah isi minyak
bayar rm5 sebelum boleh masuk jeti kat gambar atas


perfect situation

ada peta lukis kat dinding. kreatif!


warna air yang cantek











p/s: perasaan memang susah untuk kekal. sebab ia mudah berubah. tapi kenangan yang akan mengembalikan semula perasaan yang sama. 

Thursday, July 12, 2012

tolong jangan terliur

kali pertama aku jumpa makanan yang gila cool ni. bukanla tahap dewwa sangat. cuma tekak da kembang dengan burger biasa. burger ramly. kadangkadang tapi. dah lapar bungkus jugak. tapi kali ni aku nak cerita pengalaman aku.

GRILLED BURGER. atau bahasa ibunda. burger bakar. daging burger yang mereka buat sendiri. dari daging cincang yang dikepal sendiri dibentuk menjadi daging burger yang dua kali ganda lagi besar dari daging burger ramly. aku tak tengok macamana dorang prepare burger. sebab aku gi giant sementara tuh. lihat lah~ gambar yang aku sempat snap sebelum aku licinkan.

aku suka daging ayam

attention. ia perlu dimakan dengan perut yang kosong. hoho. bagi orang yang lapar gila ah senang cakap. sebab lepas tuh akan rasa sangatsangat kenyang. walaupun mulamula aku rasa macam overpriced but after eating experience is worth the value. aku tak kesah pasal harga kalau rasa puas hati. bahanbahan yang dia guna pun high standard macam bawang bombay, salad yang semua fresh sebab rangup je bila aku gigit.

kalau nak try cer cari kat area seksyen 7 pusat komersil. stall dia mengadap giant. dia start bukak malam. tapi aku rasa tempat lain pun ada kot jual burger bakar ni. cuma kena rajin explore kat tempat sendiri. aku pun ada setahun je nak duk shah alam ni. lepas tuh stay BP buat LI. kalau ada rezeki kerja kat SA bagus jugak. aku suka duk tempat orang. cari pengalaman kan sambil tuh.

burger ni orang Melayu yang buat. sebab tuh aku suka suport. bukan senang mudamuda ada idea nak bukak bisnes sendiri.tapi sejak aku duk SA aku macam perasan evolution burger. ke aku sorang je rasa macam tuh. hm. burger stim, burger goreng, burger 1kg. semua aku tak cuba rasa lagi. tak menarik perhatian aku sangat. tapi aku memang nak try burger 1kg. dekat area tempat aku jugak.

daging burger dia kepal sampai berat mencecah 1kg. bahan dalam tuh pun kena letak lebih lah kan. nak bagi sesuai. ni kalau makan sorang boleh kena heart attack. so ajak je member sekepala makan sekali. kenyang pun samasama. member aku pernah gi cuba makan dengan genggeng dia. mereka berenam. 6orang pun ada lagi satu potong takleh nak abeskan. sudahnya tolak kat member dorang yang paling kuat makan.


p/s: mungkin kalau perut jejaka bwak 2,3 orang pun cukup kot. kalau nasi segunung boleh makan. apalah sangat burger sekilo kan?

Sunday, July 8, 2012

tibatiba dia datang

paper yang aku jawab arini dapat hint. sebab. member aku punya lecturer yang buat soalan. aku taktahu boleh ke aku cerita benda nitapi memandangkan blog ni aku baca sorang. there wont be any serious matter. so anyway aku nak cerita keadaan masa aku jawab paper ni. haish. masa aku tengah syoksyok menulis sambil jeling kat jam. perut aku. tetiba dia. CRAMMED. masa dah tak banyak. aku kena tahan sakit sampai habis masa. aku tak sanggup nak keluar. aku tak pernah kena macam ni. dahlah tak pernah kena. bila dia bagi rasa memang terbaik masa dia pilih.

mulamula aku ingat sakit perut biasa. aku buat tak endah. masa itu berlian. tapi bila aku tahan. perut aku cram macam kaki aku selalu kena bila salah gerak. masa dorang cakap aku tak percaya. sebab takpernah kena kan. ni makan dia. lagipun aku tak agak yang cepat pulak naik redflag bulan ni. ceiit. nak dijadikan cerita. aku tak sempat pon nak siapkan paper tuh. sebab masa memang da tak cukup. ke aku fokus lebih kat satu soalan tuh. panjang berjela jawapan aku. soalansoalan lain pendekpendek je aku jawab. tapi bila dia announce je student boleh keluar. aku pikir nak balik teros je. aku rasa dah berat sangat!

tapi. aku teringat masa nak datang paper pagi tadi. dorang nak singgah bank islam. sorang nak cucuk. sorang nak bayar bil, sorang nak cucuk jugak kot. lama GILA aku tunggu yang sorang gi bayar bil tuh. taktahu apa masalah dia. tapi aku dah boleh terima penungguan. bila semua da siap. aku cepatcepat parkir kereta dan mengagahkan diri aku nak naik tangga sampai tingkat5. memang dugaan. kain aku yang dah berpeta dunia. aku terus basuh. dah alangalang tuh aku basuh gak baju kotor yang membukit. tapi diasingkan lah. adoyy. rasanya last time aku experience macam ni time sekolah weh. rasa sungguh tak matang bila jadik macam ni.

sorang kawan cakap. aku 1st time kena macam tuh sebab tak banyak gerak. musim final kan. dok statik kat depan meja aku. menghafal. tenung buku sampai tembus. makan pun dok tempat yang sama. now i learnt something. hm. another tip they gave is don't stay put when experience crammed. cuba gerakkan kaki keatas kebawah bila baring. aku cakap kalau buat macam tuh berarus keluar. tapi dorang cakap macam tuh lagi bagus. jadik mereka yang lebih mengetahui, aku iyakan akhirnya. aku memang taknak kena lagi. sedih weh. plan after paper nak gi makan ayam penyet pun terpaksa cancel sebab kondisi aku. sory korang~

Saturday, July 7, 2012

kenapa jadik macam ni?

Apa yang aku pikirkan? hmm. kalo refer kat post aku yang dulu. aku sedar aku seorang yang penuh dengan perasaan semangat. bukan badan oke. tapi hati aku macam kena pampam tok layan benda yang bagi aku gila besh. anyway aku suka sambut kelahiran orang yang dekat kat hati aku. 0707 is his. 0807 aku ada paper final. tapi hati meronta nak sambut jugak. 2bulan aku dah rancang sedangkan 2minggu aku baru confirm kek dia. tapi kadangkadang aku macam serik nak rancang. bila aku dah luangkan masa. dia pulak ada hal yang tak dapat dielakkan.

the meaningful day of his life. 3ari 2malam sebelum tuh aku menangis. bukan sebab syukur ke apa. aku FRUST dengan keadaan. aku sedar aku memang sangat cengeng. hm. beberapa hari sebelum itu, dia bagitahu kakak dia nak balek dari Poland. jauh kan. emm. she gonna stay for a long period and celebrate Raya together. parent dia pon datang and stay for afew days. i kow he mis his mom. especially. ALOT. but guys have their egos. takmao dah peluk walaupun da rindu sangat. nak tunggu time raya. huhu. dia lah cakap macam tuh. aku nak cerita benda lain.

sebab kenapa aku emosi. sebab dia text aku pagipagi. dia cakap mungkin 0607. hari yang patut kami spent samasama. dia takleh keluar. dia cakap dia rasa tak sopan nak buat macam tuh bila parent dia da datang jauhjauh. (jauh gak BP dengan SA) bila aku dengar je. eh. baca dia cakap macam tuh. air mata aku da tahu da ni masanya untuk dorang keluar. dengan derasnya. ya aku tak tahu apa yang sedih sangat bila pikirkan balek. tapi time tuh hormon aku kata berita yang disampaikan sangat menyentap perasaan. rasa penat je weh aku rancang macammacam. tapi aku sedar tuhan da tentukan.

cuma aku pikir. kalau tak jumpa bila lagi nak sambut? kek aku macamane? hadiah yang aku plan nak bagi? makin aku pikir makin gila. bila aku cerita kat adik aku. satusatunya adik perempuan aku. dia cakap aku kena paham. kan dia jarang jumpa parent dia. semua dia hembus asal aku rasa tenang dengan alasan dia. aku da memang takleh pikir da masa tuh, hati da jadi tisu basah yang menanti retak. (peribahasa aku) tapi lamalama aku mula terima. dengan aku nak study untuk final. sangat mencabar pemikiran. SANGAT.

tapi aku tahu di celah urat hati aku memang terselit sesuatu. yang mengatakan. once kami jumpa and get things over with. we gonna be oke. it just the matter of time. cuma lambat ke cepat prosesnya. walaupon malam tuh keluar dah nak midnight. which is aku MEMANG tak prefer nak keluar time tuh. tapi dapat exception sebab hati dah sakit sampai rasa kebas. dan bila nak balek. dia tolong tengokkan aku sampai aku selamat masuk rumah. pertama kali dia buat macam tuh sebab aku cerita ada kes tarik&rogol kat area rumah aku. psycho kan?? huuu~ minta dijauhkan


p/s: bila sakit baik ignore. walaupon sangat susah. ya aku tahu. susah sampai nak fokus kat benda lain pon teringat balek benda yang sakit tuh. takpe. no pain no life. ke?


Saturday, June 30, 2012

aku bukan hidup sorang

minggu final rasa macam tak semangat~haa. sangat bahaya statement macam tuh. tapi aku kena kuatkan hati neh. lagi setahun aku blaja pastu buat praktikal. sepanjang tempoh aku belajar macam-macam aku rasa. 


duduk kat rumah bujang lain. kena jaga hati. cakap tak boleh lepas sangat. yang paling obvious. aku takde private time. bukan aku nak sombong ke ape. tapi aku da biasa dok dalam lingkungan aku tanpa wujud orang lain. aku tahu dorang tanya sebab dorang risau. thanx for caring. aku appreciate. 


aku tak kesah tang tuh. tapi bila semua aku buat jadi perhatian aku tak suka. and on the top of that, aku takleh sound direct, “woi mind your own business bole?” tapi aku ignorekan je pandangan mereka. nama pon hidup bermasyarakat kan (kesan baru lepas CTU


cuma kadang-kadang aku rasa sesak nafas. aku jenis orang tanya aku jawab. aku tak reti nak cakap “xde pape” atau lagi teruk senyapkan je. bagi aku itu sangat kurang ajar. 


aishh. tapi bila kenangkan balik. tanpa dorang aku takkan ada pengalaman untuk aku tempuhi.haha!aku pon tak percaya yang aku boleh fikir rasional semua benda ne. cuma aku rasa. 


even sometimes i get hurt of what they said, aku kena ingat aku pon mesti ada sakitkan hati dorang. tapi takkan nak tunjuk. masing-masing cuba jaga relationship ne baik-baik. xsonok kalau ada perasaan tak besh ne. tapi aku sayang dorang. since dorang tak tahu aku ada blog. cambesh kalau boleh list mereka. 


so jum mula. aku kenal dorang since diploma. not so close for some of them. but i LOVE them~


aishah-kadang-kadang aku rasa dia macam adik aku. selalu tengok apa aku buat. aku perasan dia suka tengok orang tapi aku takkan nak tanya kenapa. dia geng aku yang suka purple. dia gila bola. dia anak bongsu. haha. we fight but not on seriuos matter. 
pija-aku tak berapa kenal dia even time dip kami sekelas. dia cam bergaul dengan bukan geng aku. tapi bila time degree ktorang sekelas. she's good. almost dapat dl mse sem 2. dia sangat annoying kadang-kadang. bila orang pukul or do anything to her dia mesti balas.
diba-dia ada blog. dia sangat besh. sekepala cuma kadang-kadang dia suka duk dalam bilik. appreciate her privasi. like me. dia suka menjerit dan aku suka kacau dia. pernah aku terpputuskan rantai dia. rasa bersalah tapi dia tak mention pon. dia baik.
ida-da ready nak abes blaja. dia pandai masak. LOOKING forward nak gi wedding dia. huhu. dia rather dok rumah kalo kami satu rumah rasa nak have fun kat luar. dia sangat nampak matang. but someone said even she had some bad attittude. tapi normal r manusia kan


eca-kl girl so sosial attitude dia nampak lain tapi bila da kenal. she so cool. even bila dia kapel pon cool sebab dorang guna aku kau oke~she tall and dia orang yang aku cari kalau nak have fun. gonna mish her after degree.
pika-love hugging her. dia sangat cute. k-pop diehardfan. dari dia la aku start tengok drama korea ne. besh gak sampai takleh stop tengok. haa~ tuh padah dia. she is lovable. rindu nak kacau-kacau dia lagi. bila r dapat jumpa dia lagi. we already far apart. (eceh~macam jauh je. padahal segamat-shah alam)


banyak lagi nama yang aku nak sebut tapi. banyak sangat. sampai aku rasa cukup-cukupla neh. bila rajin aku  buat sambungan dia. hoho


p/s: many people can be your friends. but only one can be that true friend in your whole life. hmm

Tuesday, June 26, 2012

alone moment

have you ever wonder if the person that always beside you is your true friend?
person that would laugh at your joke or hear your comment and complaint about things.
person that being your classmate or roommate who share same space together.

have you ever felt alone in your sadness with no one that came your mind to share it.
as you deal with it as hard as you can 'cause you never want them to see your fluffy red-eyes.
that feeling of helpless. the feeling i would felt in that moment exactly.

no matter how many friends you make. no matter how nice your soulmate.
your family would be the greatest people you could have in downfall times.
only them kept your secret safe. only them readily to comfort you if needed.


p/s: my mother always knew when im crying. as it so obvious shown through my eyes. love them~

Thursday, June 21, 2012

tak bisakah kau coba

dia
aku tak mintak dia bagi sepenuh perhatian. cuma aku tamak kah kalo mintak lebih dari apa aku ada.
aku suka tengok dia semangat bekerja. jarang orang dapat rasa seronok masa bekerja. dia untung.
dia rasa dia nak bagi lebih perhatian pada keluarga. dia jarang balek BP sekarang sebab dah kerja.
dia sayangkan aku. rindukan aku. dia cakap macam tuh. tapi masa dia tak banyak untuk aku sekarang.
am i asking too much? we almost 3 years. i think. we never really count the years we been together.
i never been with a guy for more than 1year. and when i do. i am serious with him. but does he?
he really nice and he been there for me. helping out when i have problems. things that need man power.

aku
cuba untuk faham perubahan yang dia alami. fahamla yang dia tak mungkin jadik sama seperti dulu.
separuh dari dirinya telah berubah. sebab keadaan dia sekarang. dia punya tanggungjawab selain aku.
masa dia bekerja tak menentu. dia tak kesah buat overtime. sedangkan masa aku semakin terhad.
dia tanya bila boleh berjumpa sedangkan jawapan ada pada dia. bukan dia boleh keluar sesuka hati.
dia penat bila balik. cuba faham dia semakin penat bila keluar nanti. jangan ambil hati perkara ini.
bila keluar jangan tunjuk apa yang tak puas hati. dia terlalu penat untuk layan kerenah aku. be happy.
remember, i should never show. tapi aku tak pernah tahu macamana nak buat muka.

kami
mungkin bila jarang jumpa lagi bagus. kalo lagi banyak gaduh buat apa. aku rindu. dia juga. sangat rindu.
tapi ada saja perkara yang buat kami sukar berjumpa. aku benci bila gaduh. perasaan itu sangat sial.
tapi orang kata tanpa pergaduhan hubungan tuh lagi tawar. kami perlu fikir orang sekeliling. ya. perlu.
kami belum ada ikatan yang sah cuma hati yang mengikat hubungan. ikatan yang mudah untuk diputuskan.
tapi kami cuba untuk bertahan. aku sudah penat mencari. bercinta. dia sudah tetap untuk bersama.
asal syarat utama tidak berlaku. jauh lagi jalan untuk berakhir dengan apa yang diimpikan. yang diredhai.
aku lihat mereka yang sebaya bertunang, putus, dan akan berkahwin. semoga semua punya hikmah.


p/s: bila kita minta matahari, dia turunkan hujan. sebab dia nak tunjuk pelangi

Saturday, June 16, 2012

siapa gadis merah jambu

bila tengok tajuk mesti terbayangkan betapa SWEETnya gadis itu. yang terang-terang bukan aku. sebab link blog aku pon da bagitahu satu dunia kaler-feveret-sampai-bila-bila aku adalah ungu. (macam ramai sangat orang tahu sal blog aku. haha) tapi berbalik pada apa yang aku nak cerita. ini semua sebab aku baru lepas tengok drama bersiri "Gol&Gincu2" yang aku bukan follow sangat pon. tapi tengok sikit pon aku paham da jalan cerita dia.

bagi yang tak ade idea apa benda aku gebangkan. cerita GG lebih pasal macamane gadis nak cope dengan daily life. cinta. konflik keluarga. kawan. pelajaran. kerja. pendirian diri. macam episod yang aku tengok tadi. dia pasal boyfie dia ade psycho stalker girl yang bukan nak sorok-sorok dari orang tahu dan tambah scarier psycho ne sanggup buat apa je asal dapat Reza, lakonan Pierre Andre. so as his girl, patutla buat somethingkan. tapi aku bukan nak cerita series tuh kat sini. cuma dulu aku follow gila cerita neh masa dia mula-mula keluar. mula lah berangan besh dapat kapel sweet-sweet macam tuh. but reality hits. kat dalam tb je kau boleh reka love story yang sangat hopeless romantic neh. em. tapi bila ade 2, 3 & 4 aku rasa macam da tak besh nak follow. so aku stop dari biarkan diri aku hanyut dalam angan-angan. yes i LOVE to daydream.

added to that. GG is about real life story (even tak bape nak real) kadang-kadang aku boleh related diri aku. pemberontakan. aku pernah memberontak dulu. tak tahu lah kalo itu normal untuk budak yang baru nak remaja. lagi. macam tak ada apa da point aku nak cerita. tapi aku bukan nak cerita pasal GG je. aku rasa macam cliche sangat bila gadis dikaitan dengan kaler merah jambu untuk kelihatan cute yang teramat. kenapa  bukan kaler lain? kenapa bukan ungu? (ok. sebab febret aku) tapi merah yang dicampur putih. aku tak kesah pon sebenarnya cuma bila mind-set kita fikir macam tuh. tak ada apa lagi kita boleh buat.

macam aku ada sorang kawan neh. she is pretty in the boy's eyes. so dia kapel dengan mamat neh yang aku rasa sangat baik. aku cakap 'aku rasa' sebab kita tak akan pernah kenal orang macamana orang yang lagi rapat kenal dia. jadik berbalik pada cerita aku neh. dorang kapel sangat lama. lagi lama dari aku. eh tetiba. oke2. tapi masalah dorang. on off tuh macam tak ada apa. aku tak boleh terima hubungan macam tuh. seems like something off when couple do that. dorang pon aku rasa da kat stage seyes. tapi ne cuma pandangan aku sebagai orang luar. yang kadang-kadang dengar cerita pon dari orang. nak dipendekkan cerita dorang clash. after years of being together. nak pendek lagi kawan aku da jumpa her new beau. (word neh aku belajar dari lecturer aku. betapa dense-nya diri neh). mr b dia sekarang sangat kontra dengan mr b dia yang dulu. dulu keding sekarang fit. sekarang charming dulu innocent. dulu specky sekarang two-eyed. dan. dulu clear sekarang bertindik. ya yang last tuh sangat kontroversi. mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. tapi aku rasa macam tak yakin je bila dengan orang macam tuh. ceh aku pulak.

haa~ panjangnya aku tulis. pasal cerita orang pulak tuh. neh jadik memori bila nanti aku mula lupa cerita neh. besh bila laju je taip. tapi da rasa gantok da~


p/s: dia pernah cakap dia tak suka aku pakai kaler merah jambu. me too dear~


Wednesday, June 13, 2012

rumah bujang punya open haus=simple

foods & drinks

volunteer kena buli

sending them back

another trip came